Wednesday, August 26, 2009

Kisah cerita

Tadi ada kemalangan, bas dengan motor di kolej saya. Pagi-pagi dah dengar cerita pasal darah.

Boyfriend dan girlfriend, naik motor bersama. Lelaki itu nak hantar si kekasih hati pergi exam. Sudah terlewat. Nanti lecturer tak bagi masuk. Lecturer sekarang kan semuanya garang-garang. Tiba di selekoh yang memang berbahaya (series bahaya, semua orang pun tak paham kenapa jalan tu bongok macam tu). Mungkin si boyfriend itu kesiankan si kekasih hati sudah lewat, dia pun memecutlah motor itu. Tidak disangka bahawa satu bas besar muncul tanpa salam.

Sedih sebenarnya nak tulis tentang cerita ini.

Si lelaki putus kaki. Si perempuan terkoyak kulit sepanjang kaki.

Si pemandu bas itu, lari entah ke mana.

Kawan saya cakap, "Kalau tak kahwin tu, tak taulah".



Sedihkan.

Saya terbayangkan en nasir dengan saya melalui perkara yang sama.



Saya akan kahwin jugak dengan kamu en nasir.
Takde kaki ke, takde tangan ke, takda mata ke, saya tetap nak kahwin dengan kamu.

Harap kamu pun nak kahwin dengan saya...

No comments: