apa kah dia yang telah dilakukan semalam? owh, saya bangun lewat lagi (no suprise). tengok numbers, tapi tak tgk sgt. kemudian saya online, mengupdate tulisan dalam muka surat ini. kemudian, acik saya turun.
baby kakak sedara saya dah meninggal dunia. owh, sedihnya. tapi, dengan pastinya baby comel itu akan terus ke syurga, menikmati kehidupan serba sempurna. acik ajak ikut pergi ke kubur, tapi saya baru bangun, jadi berfikiran bahawa tidak akan sempat untuk bersiap serta untuk menghadapi pemergian itu.
berbagai fikiran serta soalan bermain dalam diri. semuanya saya pilih untuk biarkan ianya tidak terjawab, kerana bagi saya, itulah cara untuk 'hidup' dalam dunia ini, dunia Tuhan itu. ianya akan penuh dengan misteri, misteri yang bertujuan untuk menyedarkan manusia, membuat manusia itu berfikir. oh, bagaimana Tuhan itu works in a mysterious way. bersyukurlah, Dia masih lagi menyayangi kita dengan semua dugaan dan ujian itu.
back to the day.
malam, kami, saya, mama, fidah dan nana pergi ke keramat untuk kenduri arwah. makan nasi ayam. oh, nasi ayam itu sungguh heaven. kami kenyang. kemudian, melepak dengan saudara saya, bermain dengan adik saudara, anak buah. mereka sungguh kelakar (note: saya tidak berapa suka kanak2, mereka kelihatan mengada, atau lebih tepat, dimanjakan). tapi, selalunya, saya layan kan sahaja. kemudian, lebih kurang pada pukul 12.30 malam, kami pulang. aduhai, penat dan ngantuk (sebenarnya, saya mengantuk sebab contact lense yang sudah kering, jadi mata jadi penat). seperti biasa, saya melayan kucing2 saya, kemudian tidur. sambil berharap akan bermimpi en. nasir yang hebat itu.
No comments:
Post a Comment