what is overrated nowadays? banyak. valentine's is overrated. skinny jean is overrated (walaupun saya sangat suka pakai skinny jean, walaupun kaki saya tidak skinny). mawi is overrated. being rich is overrated. depress is overrated.
*diam sebentar*
atau saya yang gile? suka nak cakap itu ini overrated (sebenarnya, saya sangatlah suka memberi pandangan, cuma tidak mengikut kepala, selalunya mengikut hati). tapi, really, overrated is needed in the society. supaya kita tidaklah seperti klon (minus the dnalah). berfikiran sama, berpakaian sama, bercakap tentang perkara yang sama. oh, jikalah itu yang terjadi dalam dunia ini, mungkin akan terjumpa di mana2, muntah2 muak (kasarkah?), cebisan2 otak (gelikah?), mereka, manusia yang tidak larat untuk meneruskan dalam hidup yang penuh dengan patung2, robot2, yang tiada variasi.
*berfikir*
mungkin, sebenarnya manusia hanya mau untuk dimaukan. mau untuk berada dalam satu kumpulan. mungkin. fitrah manusiakan, mau untuk bersama. jika itulah alasannya, tiada salahnya. teruskan. siapala saya untuk mengkritik anda (benar2 ikhlas). it could be cute, kalau berjalan dengan orang yang serupa kita, macam kembar. sambil bergelak ketawa.
*sunyi*
tapi really, satu2 nya yang sampai mati saya akan cakap ianya overrated adalah, berlagak anda itu banyak duit.
*batuk*
janganlah cakap saya ini stereotype. saya tidak. sayalah orang yang paling terbuka anda akan jumpa (terbuka secara intelligently, bukannya membabi buta terbuka). tapi saya memang berpendapat ianya overrated.
1. takda duit berlagak banyak duit. kau nak mampos cepat ke?
2. ada duit, berlagak, tapi duit mak bapak. kau nak mampos cepat ke?
3. ada duit, duit sendiri, mengutuk orang takda duit. kau nak mampos cepat ke?
maaf sekiranya ada yang terasa, termakan cili. ini hanyalah pandangan cetek saya semata. tiada niat untuk menyakiti. kita semua manusia. mari bersama2 jadikan kedamaian (oh, betapa perkataan itu sungguh nyaman) itu realiti. buang segala kebencian. mari.
No comments:
Post a Comment