arini tidaklah lewat sangat saya terjaga (tengahhari lah jugak). saya terus bersiap, kerana mau mendaftar untuk memandu (iye, saya belum mempunyai lesen). saya, fidah dan fifi mendaftar bersama. saya juga berjanji dengan en. nasir mau memancing. sementara saya bersiap, en. nasir tiba (sebelum ke rumah saya, dia ke jalan pudu (?) untuk mencari umpan). dia tiba dengan 'umpan' yang dibeli. makanan ikan yang perlu dikepalkan. jadi, makanan ikan itu perlu dikembangkan terlebih dahulu. setelah bersiap, kami mula bergerak. kami tidak terus ke IMKEDA (tempat pendaftaran memandu di keramat), kami ke foto-zoom dahulu, untuk mengambil gambar. saya dan fidah menuju ke foto-zoom, sementara fifi yang sudah mempunyai gambar, ke kedai majalah (mama saya yang bayar harga gambar itu, rm 15). saya juga membeli sekuntum African Daisy warna kuning (ianya sungguhlah cantik, benar) untuk en. nasir kesayangan saya (note: en. nasir dan saya menaiki kereta bersama, sementara fidah, fifi dan mama menaiki kereta yang lain). kemudian kami menuju ke IMKEDA. di IMKEDA, kami mendaftar, dengan sedikit kelakuan mama yang biasa. mama sentiasa mahukan harga yang kurang (kali ini dengan alasan kami mendaftar sekaligus).
*bosan*
kami menunggu, walaupun tidaklah lama. ketika ini waktu sudah menunjukkan pukul 3 lebih. segalanya selesai pada pukul 4 (lebih kurang, waktu sebenarnya tidak diingati. saya bukanlah bionic woman seperti di tivi itu). kemudian, saya dan en. nasir terus ke rumah untuk mengambil barang2 memancing, sementara mereka yang lain 'cuba' untuk ke dentist (saya katakan 'cuba' kerana dentist di sana mengatakan mereka perlu menunggu selama 2 jam setengah, di mana mereka terus pulang ke rumah). setelah mengepal 'umpan', kami bersiap. ketika bersiap, mereka pulang. mereka mau ke ampang point pula, mau membeli jam untuk fifi (note: kami yang lain sudah mendapat jam, jadi inilah masanya untuk fifi). sementara itu, mereka juga mengambil semua jam2 lama yang sudah rosak/habis bateri. kemudian, kami semua pun keluar.
kami ke kedai makan dahulu, tom yam kadir di ampang. saya memilih ayam masak halia, en. nasir memilih sotong masak merah. kami berdua kelaparan. selesai habis, jam menunjukkan sudah pukul 6 lebih (sekali lagi, ini hanyalah anggaran). kami terus bertolak ke tasik di ampang.
rupa-rupanya, tasik di ampang itu sedang di naik taraf, jadi kerajaan telah menutupnya (saya katakan kerajaan kerana tertulis di situ, ianya adalah projek kerajaan. ini saya fikir kerana pilihanraya sudah hampir. jadi, mereka akan dikatakan menjalankan tugas sebagai kerajaan yang prihatin). jadi, en. nasir mencadangkan kami ke selayang.
di selayang, oh, sejuknya, angin. tasik itu kelihatan ramai yang memancing. kami juga mulakanlah aktiviti memancing (walaupun saya langsung kosong tentang itu).
*gelak dengan kuat*
sebenarnya ada banyak kejadian lucu yang terjadi. betapa pancing yang dibawa itu (pancing ayah saya) sudah lama, sudah tua. namun, segalanya seronok kerana dapat bersama dengan en. nasir. dia kelihatan begitu hebat (ini pujian atau kebenaran?). saya bangga dengan en. nasir. ketika waktu menunjukkan sudah 7 petang, kami bergerak pulang. tiba di rumah pada pukul 8 lebih (kami telah melalui jalan yang mengharuskan kami untuk berpatah balik, jadi kami telah membuang masa di situ).
oh, ketika kami makan tadi, fidah telefon. dia beritahu, mama mengajak kami makan bersama di johnny's. jadi setelah sampai di rumah, saya terus bersiap (saya datang bulan, jadi perlu mandi untuk memakai pad). en. nasir pula disuruh sembahyang oleh mama. setelah siap, kelihatan seperti mama, fidah dan fifi sudah bergerak terlebih dahulu. jadi saya dan en. nasir bertolak bersama (kami mau ke johnny's jaya jusco wangsa maju). di johnny's, kelihatan seperti ramai orang yang beratur. kami tertanya-tanya adakah mama sudah sampai. jadi saya meminjam telefon en. nasir (note: telefon bimbit saya ada kisah yang tersendiri yang malas saya mau explain). seronok, mereka sudah berada di dalam.
*makan dengan enaknya*
(untuk pengetahuan semua, johnny's itu adalah tempat kegemaran keluarga saya, kerana terdapat begitu banyak pilihan)
selesai makan, kami pun ke klcc (kononnya mau membeli tiket wayang, tapi tak jadi kerana sudah lewat). jadi, saya, en. nasir, fifi dan ain (oh ye, ain juga ada ketika makan di johnny's tadi) melepak di starbucks sahaja. en. nasir dan saya berbual tentang perkara2 yang fantasi. oh indah sungguh ketika itu. saya suka. saya mau melakukan nya lagi. sekerap mungkin (gila sudah saya rasanya). pada pukul 12 (sekali lagi, lebih kurang) kami pulang. kemudian kami berjalan2 ke taman tar. ain mau menunjukkan tempat yang menakutkan (ain dan fifi sangat obsess dengan 'cerita hantu', jadi mereka memang gemar begitu). sesudah segalanya, kami pulang. jam sudah menunjukkan pukul 1.15. en. nasir mau menonton m.u melawan arsenal, jadi dia mau segera pulang. saya, fifi dan ain melepak di rumah. beberapa minit kemudian, saya tido, kerana berfikir bahawa pagi esoknya saya ada kelas kpp (salah satu kelas wajib untuk memandu). berharap dapat bermimpi yang enak2.
No comments:
Post a Comment