penantian itu satu penyeksaan.
oh, itu benar sekali. kpp yang saya, fidah dan fifi perlu pergi sebagai salah satu perkara wajib untuk mengambil lesen, amatlah membosankan. saya ulangi (ulang?), amatlah membosankan. selama lima jam setengah, lebih tepat lagi, dari pukul 9.30 hingga 3, kami bertiga mendengar dengan sabarnya apakah kata2 en. pengajar itu. lebih menyeksakan, mama telah membuat kami tiba awal di IMKEDA, pada pukul 8.30. *mengeluh* aduhai, kenapalah mama begitu menepati masa? selama satu jam kami duduk melangok, sambil mengantuk, tanpa berbuat apa2 (kami bertiga suka melihat jika terdapat lelaki2 yang boleh mencuci mata kami, tapi malangnya, pada hari itu, tiada langsung yang mencapai standard kami yang rendah ini).
kami berehat selama setengah jam, pada pukul 11. kami ke luar untuk mencari makanan. saya telah menjamu dua popiah, sementara fidah telah memilih dua roti goreng (fifi tidak makan apa2, kerana dia ada masalah untuk menjaga kentutnya. takut dia akan kentut di dalam kelas).
kami juga berehat sebentar pada pukul 1.30 sehingga 2. waktu ini digunakan kami untuk bergelak ketawa, melihat orang2 di situ. mereka yang lain berasa pelik, kenapa kami begitu suka. sebenarnya, kami suka kerana dapat mengumpat seseorang. siapakah dia, itu adalah rahsia kami bertiga (note: saya tidak suka mengumpat, tapi manusia ini amatlah menjelikkan).
pada pukul 3, mama tiba untuk menjemput kami. pulang, saya online sekejap, makan bubur yang acik masak, juga cendol yang mama beli. kemudian, setelah kekenyangan, saya tido (badan saya juga lemah, kerana datang bulan).
saya telah terjaga pada pukul 8 (lebih kurang). mandi, lalu membeli roti dari mamak roti. setelah makan segala roti/junk food yang dibeli, saya online, tonton tivi. entah kenapa, saya rasa mengantuk, walaupun sudah tido petang tadi. melayan ngantok saya, saya tido awal hari itu.
No comments:
Post a Comment