Thursday, August 21, 2008

balik kampung

saya baru pulang dari rombau (ejaan sebenar = rembau).

kampung saya sudah berubah. cat sudah baru. lepas tu nak tambah tiles lagi. dah jadi cantik.

sudah lama rasanya saya tidak pulang ke kampung. dulu, bila atuk masih ada, selalulah jugak mama ajak pulang ke kampung. tapi, sekarang, tambahan lagi mama dah pencen, dengan pelbagai masalah lagi, kami sudah jarang pulang.

seronok.

rasa rindu dengan kampung.

sebenarnya dulu-dulu pun, bukannya selalu saya pulang kampung, tetapi mungkin pulang ke 'tempat asal' saya, saya rasa selesa.

truth be told, i don't really know even half of the people that live there. walaupun mereka itu semua saudara-mara (keturunan, ikut fifi) saya.

tapi, perasaan seronok itu masih wujud.

kami ambil buah rambutan, mangga. main buaian. kemas-mengemas. dgr bunyi keretapi. pergi kubur nenek dgn atuk.

alhamdulillah.

No comments: