Wednesday, August 27, 2008

pahang oh pahang

baru pulang dari pahang.

aduhai.

seronok sungguh hari-hari saya di sana.

kami berempat - mama, saya, fidah dan fifi - memilih untuk menginap di hyatt regency kuantan. oh, dengan bilik yang mengadap laut untuk pagi kami lebih indah, tiada apa yang dapat diucapkan selain ini.

terima kasih ye tuhan.

tujuan kami adalah untuk menghadiri konvokesyen fifi, tetapi dalam waktu yang sama, untuk bercuti dari kuala lumpur.

adik saya sudah besar nampaknya. semoga kau terus ke hadapan ye fi.


babah pula tiba dengan motor besar dia, pada hari sabtu.

(damn, ni yang berangan nak pakai scrambler ni)

semuanya perfect, kecuali nana tiada.

kami juga telah berseronok di pantai teluk cempedak.

sudah lama teringin untuk ke teluk cempedak, bermandi manda di sana. memang saya pernah pergi sekali, ketika melawat keluarga en. nasir (blog tentang itu di sini), tetapi kali ini, saya memang benar-benar bermandi-manda di teluk cempedak itu.

melly tiba, hari ahad. bermandi bersama kami di pantai juga swimming pool.

OMG, ombak dia kuat tahap heaven. rasa tak puas dua hari main ombak.

kami juga telah menjamu selera di beberapa restoran di pahang itu.

satay zul (service slow sebab ramai pelanggan, sedap, tapi satay zaini lagi sedap) tiga bintang
tanjung lumpur (sotong tepung dia five stars, tapi sedikit mahal) tiga setengah bintang
kedai sebelah hyatt (sedap, tapi time tu semayang jumaat, jadi cook dia sorang, service sedikit slow) tiga bintang
sara thai kitchen (paling memuaskan, harga tak mahal, service bagus) empat setengah bintang

kami juga telah ke rumah keluarga en. nasir di lepar hilir. pelbagai lauk-pauk mak dan ayah en. nasir sediakan. juga pncuci mulut. sampai kekenyangan kami dibuatnya.

terima kasih ye tuhan, sekali lagi.

saya juga telah melawat beberapa buah shopping kompleks yang terdapat di kuantan.

megamall. kuatan parade.

bolelah kan. it is not pavilion, tapi oklah.

keseluruhannya, perjalanan ke pahang itu berbaloi.



jom en. nasir, kita pergi teluk cempedak.

3 comments:

Mawar said...

wahhhahaa bodoh sikitnye kau bagi bintang utk tanjung lumpuq. padahal sedap nak mapuh...
kalau sara thai aku bagi full star. ahahah
BO.... sepatutnye yg 5 stars ialah rumah parents nasir. gile babun!

rufus fudge said...

har har tapi malam malam tc itu sudah jadi sarang rempit-reput, kan?

p/s: aku pon dah lame berangan nak ade scrambler, tapi.......

emaroxx said...

fi,

hahaha, jgn cakap ngan nasir sudah kau bg 5 stars kat rumah dia. kang seluar tak muat, bontot kembang.

ain,

ada sikit rempit, tapi mcm lagi banyak family.
kau tunggulah, scrambler itu akan jadi milik aku, har har har.