saya mulakan entri kali ini dengan alhamdulillah.
saya mempunyai seorang mama yang terhebat, terbaik.
memori terawal saya tentang kehebatan mama, adalah ketika saya adik beradik ingin membeli buku sekolah rendah.
saya sekolah rendah di srk st. mary, jadi, kamu kena paham, bookshop itu terletak di kawasan paling hujung, dan perlu melalui kawasan berbukit.
bayangkan, buku setiap seorang 5 kilo. masing-masing bawak buku sendiri. with mama helping a bit. and do not forget (me telling myself), duit buku semuanya, mama yang bayar.
sila ambil nota, bahawa kami tidak mendapat buku pinjaman, kononnya tidak layak, so you can imagine berapa duit mama dibelanjakan.
where is babah in the picture?
dia duduk kat padang, menunggu kami.
nothing against him. he had made me who i am today, tapi, bila diingatkan, saya terharu, mama begitu baik, despite having a husband that is so ignorant, up until now.
ketika saya sekolah menengah, di KUSESS, mama masih manjakan saya.
bila-bila saya menelefon mengatakan saya inginkan sesuatu, mama akan tiba dgn babah, malamnya, untuk menghantarkan barangan itu.
tak percaya, boleh tanya kawan-kawan saya.
masuk upm pula, saya masih dimanjakan.
setiap hujung minggu, saya akan dijemput. sometimes with babah, sometimes not.
mama tahu saya tak bole tinggal di kolej lama, nanti saya jadi gilon.
ketika saya menyambung master saya di upm, mama hantar saya setiap minggu ke kelas. pagi-pagi. kemudian jemput saya tengahhari.
hebatlah mama.
babah pula ketika ini sudah bekerja di penang. jadi, memang jarang untuk dia menghantar saya ke kelas.
and, up until now, betapa saya sudah menyusahkan dia, mama masih menghantar saya ke um untuk mengajar. pagi-pagi, melalui jalan sesak di pwtc. menjemput saya tengahharinya.
yang pasti, saya dengan mama kurang bercerita. adik-adik saya lebih banyak bercerita dgn mama.
and, believe it or not, 80% during our time together in those cars she used to take me around, kami senyap.
and believe or not, i haven't been a good daughter towards her. ada je nak melawan. ada je nak menjawab.
dulu lagi teruk. bergaduh sampai tendang menendang, gigit menggigit. and then, kalau dia ckp tentang sesuatu yang saya tak suka, saya akan balas balik dgn sesuatu yang menyakitkan hati dia.
'padanlah babah benci mama'
'mama kalau cakap memang nak menang je'
'nanti ema keluar lah rumah'
etc.
saya jahat, saya tahu.
mama, maafkan ema.
percayalah, ema sentiasa cuba untuk berubah.
2 comments:
mama awak sangat baik.
saya ada mak begitu.
manjakan saya.
tapi takdela hantar sana sini.hehe
tp hurm..
jangan lawan ckp mama awk tu ok.
semua mak, akan manjakan anak nya.
memang saya sentiasa mencuba untuk menjadi anak yang baik.
Post a Comment