merepek tahap langit.
semalam saya tgk berita. ada kisah tentang warga asing, in particular, warga kulit hitam (wkh).
mengikut kata berita itu, wkh ini seringkali dilihat melakukan kesalahan, seperti minum arak/mabuk, bergaduh, mengacau perempuan, membuat bising.
sila ambil nota, bahawa footage berita itu diambil di salah sebuah kediaman di taman connaught, menandakan wkh ini kebanyakannya adalah pelajar.
(wkh ini memang ramai di mana-mana ipts, contohnya mmu melaka)
kembali kepada senarai kesalahan yang dilakukan oleh wkh ini.
silalah lihat baik-baik.
kalau perlu, sila baca kembali senarai yang saya tulis di atas.
ahem, ahem.
bukankah perkara itu semua, dilakukan oleh warga malaysia (wm) juga? jadi, apa yang kita nak kecoh-kecoh pasal mereka?
pertama sekali, tiada masalah sebenarnya. jika terasa wkh ini semakin ramai, hentikan tawaran belajar kepada mereka, serta hadkan kuota mereka.
jika yang sedia ada membuat perangai, tahan mereka, bagi amaran. ini bole dilakukan, kerana visa mereka adalah untuk belajar, tidak lebih tidak kurang. langsung tidak mencabuli hak asasi manusia. lagipun, ini negara kita, malaysia. kita BERHAK untuk mempertahankan nya.
kepada wanita yang terasa dicabuli, buat laporan. ingat muka, dan juga features mereka. tatoo, jika ada. parut. ketinggian, warna rambut, di mana berlakunya pencabulan itu.
ini tak, bila kena interview, baru nak ckp, 'ye, saya juga pernah kena raba dalam lif'. nasib tivi tu blurkan muka, kalau tak, satu malaysia tahu kau tu bahalol. malu mak ayah kau tengok.
minum arak?
dia kafir ke islam?
sedangkan kat malaysia ni pun, muslim 'dibenarkan' minum arak, asalkan jangan memandu sebab akan membahayakan orang lain, apatah lagi yang kafir.
so, apa yang kecoh botol arak bersepah? lainlah kalau mereka dikatakan mengotori bandar, then pergilah saman. bukan ke ada papan tanda besar-besaran mengatakan, 'denda rm2000 jika membuang sampah di sini'?
saya tak ingin untuk berkata tentang mereka yang memukul krew tv3. itu memang patut ditahan. tetapi, the news itelf, is not properly done. journalism, as i see it, is not 100% applied.
seolah-olah, wartawan dan krew hanya setakat ingin memenuhkan ruang slot selama lima minit dalam buletin utama.
pergi interview orang, tanya,
'pernah tak mereka ni melakukan jenayah?'
'yang itu saya tak pernah dengar'.
sedangkan kes samun berlambak kat ampang ni, sampai pakai pedang samurai, tetak tangan orang, takda plak masuk berita.
membuatkan saya tertanya, apakah tiada lagi berita yang berbaloi untuk ditonton di malaysia ini?
dah.
semuanya pun dah merepek.
No comments:
Post a Comment