Friday, September 19, 2008

kedai atas

topshop sudah menjadi sedikit sucks.

atau sebenarnya topshop one utama yang sucks.

(sebenarnya, one utama itu sendiri sucks)

bangang.

saya ke sana semalam, selepas selesai kelas memandu, kononnya untuk bershopping sakan di topshop, kerana ada diskaun 20 peratus. saya ke sana dengan fifi dan fidah, mama hantar.

sebelum itu, saya siap sudah mengajak en. nasir sekali untuk bershopping sakan bersama.

untuk pengetahuan semua, kami - saya, nana, fidah dan fifi - sudah bershopping sakan di queen's bay mall di penang.

di topshop queen's bay mall, kami tidak perlu menunjukkan apa-apa ketika ingin masuk, cukup sekadar menunjukkan kad pelajar ketika ingin membayar. dan pada masa itu, mama siap masuk sekali untuk 'mengomen' baju-baju pilihan kami.

cuba teka apa sudah berlaku di topshop one utama?

siap ada rope/belt untuk in/out.

apa yang mereka merepekkan ni?

dia ingat kita nak masuk zouk ke? siap minta tunjuk student id.

en. nasir dan hakim terpaksa tunggu lepas berbuka baru bole masuk. saya plak terpaksa bagi kad upm yang dah lama expired.

hurm, kalau mama nak masuk macam mana plak?



cuba baca apa yang dikatakan dalam 'promotion' ni.

'purchase anything and receive a goodie bag. 80 goodie bags at each hour'

tapi apa pasal bila saya beli baju, cahier 'lelaki metroseksual' tu bagitahu saya, kena beli rm200 baru dapat goodie bag?

adakah saya yang bodoh, tak paham nak baca omputeh?

atau saya memang bodoh, tak nak tanya?

*fikir dalam*

cuba teka lagi, apa dalam beg tu?

magazine juice (yang memang percuma pon), stoking, buku nota 'topshop/topman'.

goodie bag dari topshop queen's bay mall tu, ada pencuci muka loreal and many more.

saya yang bodoh ke management topshop one utama tu tak sekolah?

palang topshop one utama.

2 comments:

rufus fudge said...

hmmm......., promo penipu more like? bia diorang rot in hell.

emaroxx said...

entahlah, sebenarnya dah pening.