Sunday, November 23, 2008

i am draining myself

kenapa saya tidak suka bekerja di perangkaan?

(saya rasa saya boleh kena pecat jika bos/rakan sekerja yang lebih senior/mereka yang kaki hanjing membaca tentang blog ini. mungkin juga disaman kerana mengaibkan jabatan itu. tetapi, ini hanyalah pendapat/pemerhatian saya)

perkara-perkara tersebut :

1. perangkaan berada di putrajaya, saya tinggal di ampang. bayangkan pukul berapa saya harus ke sana, semata untuk mempunch kad pukul 8.30 pagi. bukannya ada kerja pun. 8.45 pagi, lagu jabatan serta bacaan doa dimulakan. paling hebat, pukul 9 pagi baru manusia-manusia semua mula bekerja. tambahan pula, pukul 10 pagi, kamu dibenarkan untuk minum pagi.

jadi, saya kurang paham dengan relevannya pergi kerja pagi-pagi. baik suruh je saya masuk pukul 11 pagi.

2. setiap pagi, keadaan trafik di mrr2 amatlah teruk. walaupun tidaklah seteruk jika kamu bekerja di kuala lumpur. tetapi, percayalah, saya akan menyumpah setiap kali saya ingin ke tempat kerja itu.

menyebabkan jiwa dan soul saya hilang sedikit demi sedikit.

3. keadaan yang sama juga jika ingin pulang. aduhai, kenapalah manusia di kuala lumpur ini kurang bersabar?

things will be a lot easier if everybody learns how to be more patient.
dan malaysia akan menjadi lebih baik.

4. saya seperti tiada kerja. atau lebih tepat lagi, kerja yang dilakukan tidak mencabar kebolehan saya.

5. perbualan harian di ofis adalah dalam bahasa melayu.

langsung tidak membantu saya untuk memajukan diri.
even di um pun, saya mengajar dalam bahasa inggeris.

macam mana kerajaan mahu maju? macam mana kita nak tunjuk kepada orang luar bahawa malaysia ini versatile?




nasib baik saya hanya kena bekerja lagi 1 bulan seminggu sahaja lagi.

No comments: