masalah dunia siti rahimah.
1. gaji dari UM lambat, atas sebab-sebab teknikal. penat dah menunggu. kak liza cakap mungkin ambil masa 2/3 bulan.
2. saya bergaduh besar-besaran dengan fidah. menjerit sampai sakit tekak. sampai rosak barang rumah. mungkin juga jiran sebelah dapat mendengar. ye, saya pasti mereka mendengar, kerana saya jerit bagai halilintar. saya ialah seorang manusia yang tidak dapat mengawal kemarahan. sial.
3. saya kebosanan bekerja di jabatan perangkaan sekarang, takda kerja, duduk mengadap komputer, pura-pura buat kerja, samapi kepala pening. ye, saya bekerja di situ sekarang.
4. saya sudah tidak tahu siapa yang saya boleh bergantung kepada, kerana rasanya, mama, fifi, acik, dan lebih-lebih lagi fidah, sudah tidak mahu berkawan dengan saya lagi.
5. en. nasir? tanyalah dia.
6. lengan saya lebam-lebam, kerana ketika bergaduh semalam, saya memukul/menumbuk meja. sakit. malu, sebab nak amik air sembahyang kat sini takut orang nampak. nanti orang ingat saya kena dera.
7. saya rasa saya sudah hampir dengan ajal. seperti malaikat maut sudah bersiap sedia untuk mengambil jiwa saya.
8. kalau saya mati sekarang, memang sudah pasti saya akan menempah tiket untuk ke neraka. tak sembahyang. tak pakai tudung. melawan mak ayah. suka mencarut.
ada kah manusia yang lagi malang dari saya?
No comments:
Post a Comment