update tentang hidup saya :
1. saya ada tiga ekor kucing; junior, taro dan noodle. taro dan noodle adalah kucing betina, dan kedua mereka sekarang sedang mengandung.
2. saya telah mengikuti kelas menjahit manik. seronok. nampaknya, bolehlah saya mengambil upah dari mama kerana mama memang suka meletakkan manik di baju kurungnya.
3. duit di bank saya seperti sudah sedikit, gara-gara asyik membeli-belah. nampaknya, saya harus bekerja lebih kuat agar cita-cita saya untuk berkahwin dengan en. nasir tahun hadapan terlaksana, insyaallah.
4. babah sudah tengok2kan mia. nampaknya, mia sudah sedikit sihat. doakan untuk mia agar bertambah sihat.
5. hari ini saya akan penang (lagi), kerana en. nasir ada kenduri di kedah.
6. saya sudah semakin rajin bersembahyang. benar, itu tidak cukup. tetapi saya sudah menjadi lebih baik dari saya yang sebelum ini. dan saya harap, Allah menerima ibadah saya ini, walaupun masih belum sempurna, insyaallah.
1 comment:
Dear emaroxx,
... jangan ambil ringan bab sembahyang yerrr, insyallah nanti Allah beri lagi kita 'kekuatan' untuk perkara itu.
Letak tepi malas tu, ambil dia kepada perkara MESTI laksanakan untuk Allah.
Post a Comment