running with scissors.
ketika saya mula-mula terjumpa dengan dvd ini, saya terus terpikat.
sebab ada review di dvd itu, 'insanely funny and strangely moving; this darkly cynical comedy makes The Royal Tenenbaums seem funny'.
dan saya dari dulu memang mencari dvd The Royal Tenenbaums itu.
dan, memang tidak rugi membeli dvd rm4 dari batu feringhi itu.
*terfikir*
betapa kita sebenarnya terbentuk dari zaman kanak-kanak, tanpa kita sedari. dan betapa sebenarnya perkara pahit dari zaman kecil itu, lebih kuat pengaruhnya kepada kita.
*memandang ke belakang*
sebenarnya, jika diingat, zaman kanak-kanak saya begitu kucar-kacir.
pahit, manis, masam, masin.
semuanya ada.
babah, mama, acik, sekolah, kawan, tivi, music.
memang betapa kanak-kanak itu begitu fragile mindanya. begitu senang tersentuh. begitu senang terpengaruh.
dan, yang sedihnya, kita manusia yang sudah mampu berfikir, mampu membuat keputusan yang bijak, tidak belajar dari pengalaman.
lupa tentang apa dahulu yang pernah kita lalui.
dan kita biarkan sahaja kanak-kanak merasa perkara pahit yang pernah kita rasa.
...
harap-harap, dosa saya kepada kanak-kanak di sekeliling saya, tuhan maafkan.
No comments:
Post a Comment