Monday, March 23, 2009

a-had

ahad lepas telah ke putrajaya, untuk melihat keseronokan festival belon udara panas.memang menarik, dapatlah juga kita warga malaysia menyaksikan belon-belon udara panas yang besar-besar serta cantik-cantik itu.

cuma, seperti mana-mana aktiviti besar yang lain, terdapat beberapa kelemahan yang saya harap dapat diperbaiki pada masa akan datang.


1. kekurangan khemah untuk pengunjung.
bayangkan, cuaca begitu panas, tetapi khemah untuk pengujung sangatlah sedikit. mereka yang datang bersama keluarga terpaksa mencari tempat teduh, seperti di bawah pokok, untuk berehat, setelah beberapa minit berjalan di kawasan tengah panas. ada yang saya lihat terpaksa menggunakan paip air di kedai-kedai yang berhampiran untuk membasahkan muka serta badan anak-anak mereka.

2. harga makanan mahal 50 sen
air - rm1.50
roti john - rm3.50
mee sup utara - rm4.00
apa kejadah? mahal sangat ke sewa tapak jualan di festival itu? atau peniaga yang sesuka hati meletak harga begitu? harap pihak perbadanan putrajaya pantau akan hal ini. ini adalah pesta untuk keluarga, sudah tentu kanak-kanak yang hadir ingin membeli mcm-mcm di situ. bukan semua rakyat di malaysia ini kaya-raya.

3. itenari seperti tiada guna.
kelihatan di papan tanda di booth official pesta itu, 'belon hanya untuk show, pada pukul 5.30 petang'.
cis, tipu besar-besaran. belon mula naik ke udara pada lebih kurang pukul 6-6.15. sekali lagi, harap pihak perbadanan putrajaya dapat membaiki kelemahan ini.

4. kekurangan tempat meletak kereta
sudah jadi triple parking. menyusahkan orang yang ingin pulang awal. harap terdapat polis trafik yang mengawal aliran kereta, demi kebaikan semua.

5. tambahkan lagi negara
memang sudah banyak negara yang hadir untuk pesta belon udara panas pertama kali di malaysia ini, tahniah diucapkan kepada penganjur. tetapi, diharap, pada masa akan datang, lebih banyak lagi negara dapat hadir, untuk memeriahkan lagi langit biru malaysia ini.

beberapa gambar yang sempat kami ambil.





all in all, seronok, sebab dapat tengok belon-belon yang besar-besar, warna-warni.

No comments: